PANDA.BIRU: Pertandingan Bowling ^^

Saturday, October 31, 2015

Pertandingan Bowling ^^


Neee~~ Dah lama tak update, tup tup keluar gambar pelik. Erghh, abaikan ya gambar tu :P

Ana baru balik dari pertandingan bowling petang tadi dengan hujan-hujan. Memang memenatkan. Jari pun dan merah-merah. Acehhh.. dua game dah sakit tangan. 

Nilah akibatnya kalau nak main tapi tak nak belajar *Sigh*. 

Minta last minute nilah akibatnya. Ana pun baru minta borang dari cikgu hari ni juga. Itu sebaik Ana dah inform kat cikgu semalam. Kalau tak memang kena marahlah. Dahlah tu, Ana cari cikgu bukan main lagi. Ana pun tak layan kawan Ana. Panik punya pasal. Mak Ana pula tunggu Ana kat luar nak isi borang. Panas pula tu. Sebaik ada pondok mak Ana nak teduh. Alahai~ Ana memang dah menyusahkan orang hari ni. Disebabkan tu, ada sorang tak dapat duduk kat dalam bas. Tak cukup. Eh, tapi cikgu Ana cakap semalam ada tempat kosong lagi. Ana pun rasa bersalahlah juga kan. Ana duduk pun kat sebelah kawan dia. Speechless terus sebab kakak tu jenis pendiam. Ana ada juga tanya akak tu ada rancang dari awal lagi ke nak duduk dengan sesiapa. Tapi akak tu cakap tak ada. Ana tak tahulah itu fakta or nak jaga hati Ana. Yelah, kawan dia sampai tak ada tempat duduk sebab datang lambat. Haih~~ Ana tak duduk dengan kawan Ana pun sebab diorang dah lama rancang nak duduk dengan siapa. Ana ni pun tiba-tiba masuk, so Ana tak kisahlah asalkan ada tempat duduk.

Ok. Sudahlah complaint benda yang membebankan Ana. Brrr...

Jadi, sampai je tempat tu isi nama dan ambil kasut sewa. Fuyooo Ana dapat kasut merah. Stylo~ XD Nampak baru lagi. Hehehe~ Dah siap pakai kasut saiz 5 sebab saiz 6 pun dah besar, Ana pun cari bola bowling. Ana dapat paling ringan saiz 6. Tapi kawan Ana yang comel dah minta, Ana relakan ia pergi. Alah sebab dia rendah dari Ana, Ana bagi. Lagipun kalau nak tengok saiz badan Ana, memang nampak bertenaga. Just terlebih berat ya. Taklah sampai gemuk sangat. Ana pun time waktu sekolah Ana bersenam guna game Burn your fat with me yang FREE kat android. Game tu RPG and sekali suruh kita berlatih. Ana ada rancang juga nak main tipu kan. Tapi, apa motif download game tu tapi tak berlatih. Bagi yang memang dah kurus tu memang membosankan. Ana jenis kuat putus asa. Jadi disebabkan Ana OTOME Ana pun bersenam guna tu.

Promote game jap ~

Sambung cerita tadi. Ana pun dapat saiz 9 warna tembikai. Memang lapar waktu tu~  Sambil tunggu game mula, Ana pun tengok orang cina main sorang-sorang. Ternganga Ana tengok banyak pin masuk dengan sekali main. Jakun katakan ~ Then, game pun bermula. Jadi first time main, game pertama banyak masuk LONGKANG dari kena pin. Alahai~~ Tapi kan, hehehe game kedua Ana dah tahu cara mainnya. Ana dapat skor 72 dari sebelumnya yang 20. Memang Ana terlompat keriangan even tak menang XD 


Macam tulah reaksi Ana ^3^

Tapi korang masih ingat kawan Ana, Shokora ? Tak ingat tu abaikan ya. Shokora sebelumnya dapat main so dia banyak skor. Tapi tak menang gak. Kawan Ana Carmen, yup memang tak pernah mention sebelumnya. Alaaa.. nak cerita panjang sangat pula kan. Nanti nantilah. Ok, Carmen tu first time main pun dah kalahkan Shokora. Budak pandai, fokus pun tinggi. Ana pun asyik belakang satu tempat dari dia. Peperiksaan akhir tahun ni pun dia menang. Tapi takpa, Ana dapat kalahkan Afro dengan M pun dah cukup. Budak genius katakan. Tapi, Ana juga ada stalk markah kakak-kakak yang lain. Fuyoo satu game dah 90 lebih. Huishh memang Ana tak ada harapan. Tapi takpa, Ana dapat main pun dah bersyukur dah. Thanks to mak Ana sebab bagi izin. Siap tolong bayarkan yuran dengan bagi wang belanja. Ana memang nak guna duit sendiri tapi mungkin mak Ana tahu duit Ana dah kritikal masuk ICU, tulah yang bagi. Oh, memang Ana gembira betul waktu tu. Berbaloi lah juga kan.

Ok, habis main cikgu pun kasi rehat sampai pukul 2.45 petang. Geng Ana pergi solat dulu baru makan. Ana beli nasi goreng kampung dengan telur mata. Ana memang dah lapar, tulah yang licin pinggan. Sayur pun yang jarang Ana makan apatah lagi pandang pun Ana makan. Air Ana pun habis sebab pedas dengan nasinya panas dan rasa hangus. RM6.10 untuk satu pinggan penuh tanpa membazir, berbaloilah bayar kan ? Air Ana bawa dari rumah. Lagi nikmat minum air masak dari air manis. Kawan Ana yang lain pun licin juga makan kecuali sorang tu sebab kuah kuew tiau basahnya pekat sangat. Ana rasa pun dah mual. Mungkin Ana dah kenyang sangat. Jadi, tak nak membazir tulah tolak pinggan bagi Shokora dengan Alex. Alex tu yang Ana bagi bola saiz 6 tu. Nama gelarannya pun comel kan ?

Dah siap pergilah mana-mana. Shokora dan Alex pergi beli lego. Yang lain pergi popular. Ana excited sebab dapat beli komik bersiri kegemaran Ana. CANDY MEOW. Buku tu banyak bagi info penting dan ceritanya pun best. Geng Ana memang gilakan komik tu. Tulah sebab sampai nama gelaran kitaorang guna karakter yang sama dengan perangai kitaorang. Macam Alex and Carmen. Kalau Ana Emilia, Shokora Joni, Kakao pula Mia. Hehehe~ Dah tingkatan 1 pun masih terkejar-kejar komik. 

Dah beli, Ana kena ikut je Carmen nak pergi mana. Kejap situ, tak jumpa pergi sana pula. Tak nak pergi sinun pula. Bila teringat sesuatu, patah balik. Memang penat. Huih... 

Akhirnya pukul 3 baru semua berkumpul depan KFC, baru balik. Ada sorang kakak namanya Hid. Bukan nama betul ya. Akak Hid tu memang peramah, best kawan dengan dia, kelakar pula tu. Ada tu Ana dengan Shokora jalan belakang akak tu, lepas tu pintu tu kena buka sendiri. Akak Hid pun cakaplah "Haihh kenapalah tak ada putera yang tolong bukakan pintu ?" Ana dengan Shokora pun diam sekejap lepastu tahan ketawa. Tapi diam-diamlah. Lepastu Shokora cakap "Kang tiba-tiba ada putera yang gemuk, hodoh tolong bukakan, terkejut kang." Ana pun tahan je ketawa sampai dah pasti akak tu dah pergi jauh baru Ana dengan Shokora ketawa. Huishh entah kenapa macam lawak sangat. Mungkin Ana lepas stress sekali ^3^

Masuk bas pun dah panas. Ramai orang complaint. Tapi Ana pun malas nak layan, Ana pun baca komik. Haihh~ Sampai dah habis komik tu baru sampai. 

So, hari ni memang best sangat. Kalau murah rezeki Ana pergi dengan family Ana dan geng Ana. Insyaallah.

P/S: Sebelum main kena belajar dulu. Kang tak pasal-pasal patah seribu sebab semua game semua bola bowling masuk longkang. Haihh~~ Membazir --''

Wokey, Oyasuminasai semua !






No comments: