PANDA.BIRU: Hidup Biru !

Friday, August 28, 2015

Hidup Biru !

Kembali lagi Ana menaip entry selepas sekian lama Ana membuat kerja rumah. Selain itu, Ana dengan mak Ana sempat buat mufin gula hangus. 

Hasilnya ? Gebu, manis dan amat sedap sekali. Mahu rasa ? Buat sendiri :P

Pada mulanya nak buat cupcake dengan 2 biji telur, tengok-tengok cuma tinggal sebiji sahaja. Kalau telur hanya sebijik, buatnya pun sedikit. Akhirnya tak puas nak makan. Zzzzz..

Jadi, Ana dengan adik Ana yang kurus seperti lidi itu pergi ke kedai dengan menaiki scooter. Ya, scooter biru yang Ana naik setiap hari ke sekolah. Tapi disebabkan scooter Ana tak boleh start guna button, terpaksa guna manual. Masalahnya, cuba banyak kali pun tetap tidak boleh start. Tahu muka Ana macam mana ??


Anggap sahajalah bunga tu scooter Ana. Ya, macam tulah reaksi Ana memandang scooter kesayangan Ana. Sungguh mencabar keimanan. Sungguh menyakitkan hati. Mahu sahaja Ana bakar enjinnya yang sejuk supaya boleh start.

Tapi memikirkan keluarga Ana yang belikan kerana ibubapa Ana nak pergi umrah hari tu, Ana tak jadi buat. Lagipun Ana tak pandai buka api. Ana pun tak tahu mana letaknya enjin scooter Ana. Jadi kewarasan telah beritahu..

PASRAH SAHAJALAH !

Akhirnya, dengan lafaz bismillah dan dengan bantuan adik Ana scooter Ana boleh start. Huuu memang penat. Kaki Ana pun terkena tempat manualnya. Sakit tapi berbaloi~

Sebenarnya, ada cerita menarik dan kelakar yang Ana nak cerita mengenai scooter Ana. Oh, sungguh memalukan ketika itu.

Waktu tu Ana nak balik rumah selepas sekolah, Ana pergilah cari scooter Ana. Ana pun hempap lah tangan Ana kat atas scooter tu. Entah macam mana, scooter Ana jatuh di depan orang.

Sadis kan ?? :'(

Bukan itu sahaja. Keesokan harinya, semua lelaki ejek Ana scooter jatuh. Aduh, memang malu besar ketika itu. Ana diamkan sahaja. Yalah, lelaki ni senang je nak bereskan. Kita diamkan je, suatu hari nanti bila dia dah bosan dia dah tak kacau kita. Easy peasy, right ?

Hohoho.. walaupun bergitu Ana tetap suka scooter Ana. Nampaknya Ana ada hobi baru, jalan-jalan dengan scooter. Tapi Ana tak boleh pergi keluar tanpa keizinan ibubapa. Apatah lagi yang tidak penting. Lagipun, Ana takda lesen. Cuma ada cukai jalan je. Ana punya helmet pun helmet separuh a.k.a cengkerang kura-kura. Kalau polis nampak Ana pakai helmet tu di jalan besar, memang kena saman. Maklumlah... helmat itu mengikut pengetahuan kawan helmet tu dah dilarang pakai. Tapi Ana malas nak beli baru. Asal ada helmet pun dah cukup.

Cukuplah citer pasal scooter Ana. Haihhh kalau budak laki kelas Ana baca entry ni, bala jadinya. Huhuhu...


ASSALAMUALAIKUM


No comments: