PANDA.BIRU: Maze to the Next Movie ~!

Thursday, July 9, 2015

Maze to the Next Movie ~!



Hehehe... sekali lagi Ana update. Ini disebabkan line laju hingga tahap 'bukan-kemain'. Dan tiada siapa mengganggu Ana sekarang ini. Itulah menyebabkan Ana mahu update lagi, lagi dan lagi.

Tapi sebab utamanya ialah, kawan rapat Ana yang dulunya Otaku kini sudah bertukar Kpopperz asyik merungut Ana tidak update-update. Sudah nipis telinga ini mendengar~

Apa-apa pun, siapa tahu mengenai novel terlaris di pasaran iaitu 'Maze Runner Series' ? Seriously, memang terlaris ! Dah dijadikan movie tahun lepas Maze Runner. Dan Ana baru lepas tengok selepas meminjam pendrive kawan Ana. Ana ingat lagi waktu pesta buku, bertimbun buku Maze Runner dijual. 4 buku Maze Runner hanya RM40 sahaja dok ! Kawan Ana beli satu buku pun dah RM35. Apa lagi, makin menipis telinga ini apabila mendengar rungutan kawan-kawan yang membelinya tanpa promosi :P

Dan lepas Ana balik dari pesta buku. Tengok-tengok tinggal 5 set je. Perghhh, letak depan jualan buku tu, terlaris pulak tu. Memang habis licin semua buku. Ana pun baru lepas habiskan ketiga-tiga buku :

Maze Runner
Scorch Trials
The Death Cure

Dan yang akhir 'Kill Order', Ana tak baca sebab tak faham mengenai perang-perang. Sungguh, otak Ana boleh berpusing 360 darjah nak memahamkannya. Dahlah bahasa BI nya tinggi tahap einstein. Memang makin memeningkan~

Ok, ok. Ana citer sinopsisnya ya...

Maze Runner :

Citer ni pasal beberapa budak laki terperangkap dalam Maze selama 3 tahun. Setiap bulan akan dihantar makanan, minuman dan seorang budak laki ataupun budak sekolah panggil 'murid baru'. Tapi kalau dalam citer ni, dipanggil 'newbie' atau 'greenies'. Bahasa diorang mungkin. Selepas Thomas, tiba-tiba dalam 3 hari, ada budak baru datang, masalahnya yang datangnya perempuan ! Dan ada surat cakap dia adalah yang terakhir. Nama budak tu Teresa. Teresa cuma ingat Thomas dan boleh bercakap dalam minda. Padahal, semua orang kat situ tak ingat memori mereka. Just Teresa je lain. Lepas tu, macam-macamlah jadi. Sebab tulah, mereka salahkan Thomas dan Teresa.

Okeylah, Ana citer buku satu je. Sebab malas satu hal :P Lepas tu tak syok pula nanti korang baca. But anyway, memang best. Lagi-lagi movienya. Sekarang Ana tengah tunggu movie kedua 'Scorch Trials' pada 18 September ! Yoohooo !!! Menunggu kawan download nanti. Hehehehe baru boleh tengok banyak kali kan ?

UPSR ? :V Ana dah lepaslah. Dah masuk tingkatan 1 pun. Berapa result Ana dapat ? Allhamdullilah semua A :D Tapi Ana tak pergi asrama pun. Insya-Allah tingkatan 4 kalau dapat. Aamin...

Okeylah... Assalamualaikum~

1 comment:

Pandabiru said...

Peminat pandabiru ke. hahaha. Rajinnye tulis blog, bagus2. Teruskan usaha. Rajin rajin masuk la website pandabiru.com :)