PANDA.BIRU: Gaduh ? Apa kes ?

Thursday, July 9, 2015

Gaduh ? Apa kes ?



Hello everybody !!! Akhirnya buat kesekian lamanya, Ana dapat online !!!!!!! Nampak gambar atas tu ? Ia sedang mengatakan 'hip hip hooray !!!'. Okey, fine. Tu gambar hatsune miku the vocaloid. 

Hip hip hooray pun ada juga. Tapi hakikatnya, realitinya, masalah global kelas sudah berlangsung... Sejujurnya, inilah muka Ana sekarang ............


Ya macam tulah :P

Ini disebabkan Ana careless sejak akhir-akhir ini. Apa masalahnya pun Ana tak tahu. Sudah acap kali ( ceh! ) correction tape Ana rosak sebab diri Ana sendiri. Barang cepat jatuh sebab sikap 'kelam-kabut' bagaikan sudah menghuni diri Ana. Apa masalahnya ? Oh, masih mencari~

Sekarang ini Ana dilema kerisauan. Buku yang Ana pinjam tertinggal bawah meja dimana belah petang, meja itu dihuni oleh budak lelaki. Aduh.. masalah. Esok dah cuti. Mohonlah jangan mengapa-apakan buku tersebut wahai penduduk 1A. T.T

Tapi itu bukan sebab utama dan tidak ada kena mengena dengan tajuk hari ini. Saja mahu melepaskan stress belajar yang seperti tiada kesudahannya. 

Actually, sebenarnya kelas Ana seperti tongkat pecah. Hiruk piruk dengan segala kes. Tahu apa ? GADUH !

Yes gaduh. Apa kes ? Ini disebabkan kami satu kelas bagaikan tidak sebulu, tidak sespesies malah tidak bersama. Kalau boleh, setiap hari bergaduh. Makin kurang pahala puasa sejak akhir-akhir ini. Dan apa jalan penyelesaiannya ? Duduk diam, hiraukan apa mereka kata, sambil cakap 'Ana-dah-tak-ingat' 

Hehehehe :P

Terutama team Ana dan team 'landak'. Ini disebabkan sekilas pandang rambutnya memang sebijik dengan landak. Ana doakan dia tidak berperangai seperti landak.

Oh mungkin sebab tulah kami tak sebulu. Team Ana perempuan. Team 'landak' berbagai rambut digayakan (budak laki zaman sekarang~). Itulah sebabnya hari-hari nak bahankan team Ana. Seperti cacing dibesarkan menjadi naga. Ok, memang salah peribahasanya. Ini bermaksud benda kecik nak diperbesarkan. Apa kes ?

Pada mulanya, bersabar sahaja. Sampai tahap kedua, tegur baik-baik. Dapat percuma jawapan yang sungguh 'menyedapkan' hati. Dah sampai tahap ketiga, sebaiklah sekarang berpuasa dok, kalau tak memang hati-hati ini sudah mula memberontak.

Macam budak-budak bergaduh. Ya, setuju ! Masalahnya, team Ana tak layan pun. Entah orang mana hasut, tak habis-habis team dia tu nak bahankan team Ana. Team lain selain budak laki, amboi baik bukan main. Apa kes dok ?

Tak apa bersabarlah wahai orang yang beriman. Tenangkan hati dengan meng'edit' blog ini. Kasihanilah blog ini yang sudah tidak dibelikan baju kurung baru unuk hari raya.

Bila dipikirkan balik, malasnya nak edit~

Apa-apa pun... Selamat berpuasa kepada readers walaupun sudah masuk 10 malam terakhir.

Assalamualaikum



1 comment:

ika said...

Wuu👏👏