PANDA.BIRU: KEMBALI !!!

Friday, October 3, 2014

KEMBALI !!!

HUARGHHHH!!!! Dah lama Ana tak buka blog. Hampir setahun. Korang dah baca entri sebelumnya ? Yup. Ana bukan busy (bukan busybody, ya) sampai tak boleh buka. Tapi sebaliknya, iaitu MALAS.

Okey, disebabkan lama tak buka blog, ada orang dah ambil kesempatan kat blog Panda Biru yang ganjil dan tak akan ada di pasaran. Hanya ada di blog ni je walaupun panda tak diedit BIRU. Tapi tetap special juga, kan ? ;)

Oleh tu, ada anoymous iri hati kat sini. Mohon follower tengok kat chatbox yang older massage. Korang pasti terjumpa KAMI SAHABAT ORANG GILA !!! Tangannya apasallah gatal sangat nak mengejek kita ? Sebaik masa tu Ana buka dah berkurun mesej tu. Kalau tak dah lama Ana sound. Ana ingat nak tengok websitenya, tapi dah didelete. 

Tak dapat juga Ana nak tengok websitenya. Takpa, mungkin lebih bagus dari Ana maki hamun. Tul tak? Kan maki hamun makin menjadi-jadi. Biarkan kita diam sahaja, orang tu pun pasti akan bosan (Walaupun Ana 'ter'ngumpat dia kat sini) .

Alright, tukar topik lain pula. Semua orang dah maklum Ana baru 12 tahun (Kecuali yang tak tengok profile) . Jadi, mungkin 90% dari korang tahu yang Ana adalah termasuk orang yang malang. Iaitu kena ulang 3 kertas UPSR !!

Sejujurnya, Ana pun mula-mula memang tak puas hati. Mana taknya ingatkan boleh bebas (Walaupun ada SDEA sekolah agama) rupanya kena ambil lagi sekali. Tapi, lama-lama Ana dah boleh terima. Yalah, mungkin ada hikmahnya.

Allhamdullilah, Ana baru lepas UPSR BM, MT kertas 2, SN dan BI. Minggu depan pula MT kertas 1. Sebut pasal soalan, bagi Analah, Allhamdullilah semua dapat jawab dengan menggunakan tahap ketinggian fikiran. 

Pagi-pagi cikgu suruh calon pergi ambil sarapan percuma kat kantin. Itupun makanan ringan macam roti, mi atau kebab. Yalah, setiap peperiksaan ada rehatnya. Takut pula ada yang sakit perut. Masa rehat pun tak digalakkan makan sambal. Tapi ada juga yang ambil sebab sambal dah disediakan. Tak baik membazir betul tak ;) ? 

Allhamdullilah, tiada apa kesulitan masa menjawab. Tiada yang sakit perut sampai berpuluh-puluh kali ke tandas. Tiada juga yang perut berangin sampai termuntah. Habis satu kawasan nanti bau bendak yang teramat 'enak'. Kalau ada pun pasti tak dapat menjawab sebab baunya dah menusuk fius otak. Jadi mungkin sekarang ni diorang bersyukur diulang semula (Kalau tak ada yang muntah lagilah) .

Ujian Aptitud. Semua orang tertanya-tanya apa benda tu. Ujian Aptitud adalah soalan KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI atau KBAT dan soalan pasal minat kita. Soalan KBAT tu bolehlah jawab dengan jayanya. Entah betul entah tidak, itu cerita lain. Soalan minat kita, takda salah takda betul. Ia ikut minat kita. Walaupun takda satu pun yang kita suka, tapi pilihlah yang mana satu. Ana baru sedar kebanyakkan yang Ana minat semua tentang seni. Entahlah, Ana pun tak tentu Ana suka seni ke tak. Ujian ni nak tengok ada kelayakkan ke tak pergi sekolah biasa atau asrama. Sekolah biasa macam yang hebat-hebatlah.

Semalam, sekolah Ana ada buat Hari Sukan. Ana masuk kawad kumpulan BIRU je (memang dari azalinya kumpulan biru). Huarggggg.... Yang lain kawad cuma ada satu puteri dan maskot. Ada orang ejek Biru takda maskot. Amboi ! Kumpulan Ana lain daripada yang lain ya ! 3 puteri 2 laksamana dan ada bannernya sekali LAKSAMANA PANTANG DICABAR. Ni disebabkan Biru ialah LAKSAMANA (TOLONG JANGAN EJEK GELARAN TU). Lagi hebat tau. Pengacara siap cakap puteri-puterinya dari Gunung Ledang manakala belakangnya laksamana. Seorang puteri pegang sepanduk. Dua puteri pegang banner, Lakasamana pakai baju biru pegang bendera, yang kelabu buat persembahan nanti.

 Ana tak nampak kumpulan merah buat apa. Kumpulan Hijau memang kreatif pembarisannya. Kumpulan Kuning kreatif juga tapi macam tak saing jadi tak cantiklah. 

Kumpulan biru  buat silat sekejap. Kan laksamana biru kena pegang bendera. Jadi, laksamana kelabu buat silat lepas kitaorang. Kena tumbuk polistrin yang warna merah, hijau, kuning. Unik kan. Tapi tetap dapat no.2 pembarisan ;( No.1 bukan Hijau, tapi Merah. Ana tak faham asal boleh menang. Haih... Sukan No.1 kumpulan Hijau. Itu Ana boleh terima sebab Hijau memang layak untuk menang. Nombor lain cikgu tak bagi tahu. Jadi tak tahu Biru dapat nombor bape. 

Nanti kalau kat fb sekolah Ana ada bagi videonya, Ana download pastu bagi tatapan korang tau. ;)

Anyway, Ana nak buat tutorial lepas ni. Sebenarnya Ana banyak tutorial. Tapi masa tu guna website blog yang lama. Jadi, semua benda dah hilang ;( 

Okeylah, doakan Ana dapat 5A UPSR. Aamin...

Assalamualaikum !


No comments: