PANDA.BIRU: BERITA TERKINI : JEREBU DI JOHOR ! OLAMAK !

Friday, June 21, 2013

BERITA TERKINI : JEREBU DI JOHOR ! OLAMAK !


TIDAK TAHU LOKASI.

Kepada orang yang bukan islam, HELLO to you. Ya, hari ini bersama wartawan blogger kepada CUTEZRAIHANA. Saya mahu memberitahu bahawa jerebu di Johor semakin teruk. Sudah 4 hari tetapi masih tiada apa - apa kesan. Jika ada, saya telah mengalami batuk.

Sekarang, banyak sekolah yang telah dicutikan kerana jerebu ini. Tindakan ini untuk warga sekolah supaya tidak mengalami sakit tekak, batuk, resdung, sesak nafas dan lain - lain. Apa yang muhu dikatakan di sini ialah berhati - hati akan jerebu ini. Pakailah topeng mulut atau orang kata mask supaya tidak menarik nafas daripada udara yang kotor.

Angkara ini disebabkan oleh Indonesia kerana membuat kebakaran terbuka. Tapi tidak dinafikan lagi, Malaysia juga pernah membuat kebakaran. Mungkin Tuhan mahu memberi pengajaran kepada kita supaya jangan membuat kebakaran ini. Kita hanya mampu memohon kepada-Nya supaya menurunkan hujan. Matahari dan bulan pun sudah berwarna oren dan susah mahu menurunkan hujan.

Baiklah. Disini sahaja ucapan atau ceramah untuk kamu semua. Jadikanlah musibah ini sebagai pengajaran kepada kita. Ucapan terima kasih daripada saya, wartawan blogger kepada CUTEZRAIHANA.

SELAMAT TINGGAL

GOODBYE.

No comments: