PANDA.BIRU: Camping 2012

Saturday, May 26, 2012

Camping 2012




Lama tak berupdate. Peperiksaan  2 minggu ni. Lepas peperiksaan pergi camping naik bas. Pukul 3:30 petang. Ana camping kat Seri Mawar, Mersing. Seperti Ana janjikan, Ana dah upload gambar Ana kat camping. Tengoklah di bawah ni.


Dah datang, rehat petang tu. Malam buat gajet. Buat senaman supaya  hilang mengantuk.


Lepas belajar ikatan, belajar pula dirikan khemah dengan staff. Ana dan lain - lain duduk je sebab staff suruh  kita buat pagar. Duduk je. Bosanya...


Kumpulan lain dah siap dirikan khemah. Kumpulan Ana tak tahulah dah siap ke belum.


   Keesokan harinya, berjoging. Berhenti dulu lepas berjoging.


Nampak tak ada pulau bentuk macam orang sedang baring?


Cikgu Sohaimi guru kelas Ana cari kepah.


Petang beratur nak ambil makanan.


Makan bersama - sama kumpulan Ana yang dinamakan  Burung Kenari.


Kumpulan Ana sempat lagi main lepas makan. Lepas main pula buat aktiviti. Hermm, tak sempat Ana nak main.


Dah siap makan, pergi jelajah ke Pulau Seri Mawar.


Jauhnya. Baru sampai kat pantai di Pulau Seri Mawar.


Ramai cikgu ajak keluarga sekali. Anak cikgu tahan je kesakitan kaki. Mestilah, terlalu jauh perjalanan.


Sampai pun Pulau Seri Mawar. Rehat dulu kaki kat pokok bakau.


Lepas berehat, sambung lagi. Sekarang ekspedisi mendaki gunung. Tinggi tau. Sempat lagi kawan Ana ambil gambar.


Sampai pun ke Gua Lanun. 


Ambil gambar bersama.


Masa untuk balik. Jalan tempat yang sama. 


Nenek ni dah melebihi 70 tahun. Ikut juga. Kuatkan nenek ni.


Malamnya pula, buat persembahan kebudayaan. Kumpulan Ana kena buat lawak jenaka dengan kumpulan 6. Hermm, tak kelakar langsung pun.


Pagi esok, buat permeriksaan pagi. Dengan Ustaz Nizam dan isterinya. Kena pakai baju Unit Beruniform.


Tukar baju pula. Bergambar di rakit buluh.


Letak barang dulu. Bas hampir datang nanti.


Bergambar sebelum pulang.  Kenangan manis. Selamat tinggal Seri Mawar.



























No comments: