PANDA.BIRU

Thursday, November 19, 2015

Dear, HUFNUZON :3


Ok, gambar sama dengan entri sebelum ni. Even Ana sebenarnya nak cerita pasal adik lelaki Ana yang berumur 12 tahun = Darjah 6. Kalau pasal darjah 6, of course Ana nak cerita result adik Ana. Neee~

Selama ni, Ana pasrah dengan result dia. Nak dapat satu A pun susah. Nak baca buku pun tidur. Alahai~ Ana pernah cadang nak ajar dia tapi.. korang pun tahu muka orang yang 'ter'paksa belajar, kan ? Lagipun, perangai budak lelaki ni susah nak ditafsirkan -,-

Tambahan pula, dia ulangkaji untuk UPSR last minute. Lagilah kepasrahan Ana makin bertambah.


Abaikan Ramen tu ya XD

Tapi, Ana sebagai kakak dia mestilah doakan untuk dia. Takkanlah tak doakan~

And hari Selasa tulah result UPSR keluar. Mak Ana ambil adik Ana balik. Bila je dia balik nampak muka nak tahan senyum dia tu. Konon nak saspen tapi tak pandai. Ana pun tanyalah result dia. Dia pun jawab sambil baring atas katil.

'Kita dapat 4 A 1 B'

Shock. Macam lagu Beast. 4A 1B ? Waahh, tak sangka betul. B nya BI. Alahhh BI je pun. Kita orang Melayu benda yang ikut logiklah kalau BI tak dapat. Kalau BM nya yang B, BI A, tu baru pelik.

Ana gembira betul dengar. Adik Ana cakap cikgu kat sekolah pun pelik. Tak apalah, apa-apa pun dapat masuk kelas pagi macam Ana. Hari-hari naik skuter biru Ana kan ? XD

Ana teringat waktu Ana ambil result time habis peperiksaaan SDEA. Ana pun pasrah dah kertas BM. Sebab lepas jawab kertas BM, kan cikgu benarkan ambil kertas soalan. So, Ana bincang dengan kawan Ana. Banyaklah juga salah yang dibincangnya tu. BM penulisan pula, boleh Ana buat karangan bawa anak orang ke rumah tanpa izin untuk rawat luka -,-. Alahai~ Waktu tu kalau boleh tak nak tahu langsung result BM.



'Jantung berdebar depan cikgu. Adakah ini dinamakan 'cinta' ? XD'

Dan, bila Ana nak ambil result dari guru kelas Ana, guru kelas Ana cakap 'Tahniah Raihana'. Lepastu cikgu bagi result and bergambar. Muka Ana waktu tu blank-senyum biasa je. Lambat nak pick up. Proses data lambat. Lepas tu Ana berundur beberapa tapak sambil baca slip keputusan. Ikut step.
  1. Tengok nama betul ke tak. Kan menjerit gembira sebab dapat gred cemerlang, last-last salah ambil. Buat malu tujuh keturunan~
  2. Tengok kad pengenalan. Nombor betul ke tidak. Cukup ke tak digitnya.
  3. Tengok subjek. Kot-kot ada yang tak ada.
  4. Baru tengok gred. Semua 'A'
'Eh ?? Semua 'A' ?'

Ana pun ikut balik step tu. Dah pastikan dapat 5A, Ana pun jeritlah kat kantin. Tak sangka Ana dapat. Oh, menangis kegembiraan. Ana termasuk 7 orang yang dapat 5A ? Waktu tu kawan Ana dah kerumun dah. Aduhai~ Tak sangka betul kan T_T




Akak adik sama hebat XD Tunggu bongsu je yang baru masuk Darjah 4 tahun depan. Lagi kena dapat 6A sebab BI dah dipecahkan macam BM. Usaha kena lebih nampaknya.

Ana sebenarnya nak cerita seorang budak lelaki kelas Ana. Dia berperangai agak 'baik' sikit macam yang lain. Tapi dialah saingan sengit untuk Ana. Ana, Carmen, M, Afro, BA memang bersaing. Kitaorang asyik bertukar kedudukan. Dan Ana semestinya kat belakang satu tempat dengan Carmen. Macam akhir tahun ni. 

  1. Carmen
  2. Ana (See ?)
  3. Don't Know
  4. Mukh
  5. Budak tu
Tapi tak kisahlah. Ana berpuas hati juga dapat kalahkan budak tu dengan Mukh. Memang saingan sengit. Selalu di atas Ana. Huishh..

Itu kedudukan dalam kelas and tingkatan. Allhamdullilah. Kelas RK ditetapkan sehinggan tingkatan 3. Jadi Ana, Shokora, Alex dengan Carmen boleh belajar sama-sama lagi. Oh, Shokora dengan Carmen jadi pengawas tahun hadapan. Sebagai kawan, Ana tumpang gembira :)

Eh, Ana nak cerita pasal budak tu. Asal keluar topik -,-


Dia macam ni. Muka pun. Rambut dia kerinting. Badan pun kurus and tinggi. Macam ketua kelas Ana. Tingginya macam tingkatan 5. Tu baru tingkatan 1. Kalau tahun seterusnya ? Semua kawan Ana sedih membayangkan masa hadapannya XP

Ok. Tukar topik lagi. 

Sebenarnya budak tu sama je dengan yang lain. Taklah baik sangat. Gaduh juga dengan yang lain. Waktu kat sekolah agama,  dia selalu tak bawa buku, tak siap kerja rumah dan agak 'biadap' sikit. Orang macam dia selalunya orang akan pikir dia tak ada harapan. 

But, sebaliknya.

Dia antara pelajar yang genius. UPKK dia 8A. Ana pun 7A. Dia UPSR dapat 5A. Dan tahun ni macam yang Ana cakap, always top 3 kecuali akhir tahun. 

'Don't judge book by its cover.'-Or lain kata 'Hufnuzon'

Maybe dia belajar kat rumah. Maybe dia jenis kuat ingatannya. Hufnuzon. Baik sangka. Bak kata kakak Shokora "Kata Habib Ali, hufnuzon dengan 1000 alasan pun tidak apa. Asal hati aman dan tenteram.'

Sekarang bad news. Kelas RKS seramai 17 orang turun kelas. Naik petang. Kelas RK dengan RKS sesi pagi. Yang lain kelas tingkatan 1 dengan 2 sesi petang. Ana pun hufnuzon masa nak pujuk. Tapi, disalah ertikan. Sejujurnya, Ana pun rasa berlubang hati ni bila diorang salah erti apa Ana cakap. Kononnya Ana dapat Top 3 tak kisah yang lain- cakap senang semua ni ujian Tuhan. Tapi, Ana malas nak cari gaduh dengan classmates, so Ana pun bersihkan salah faham dan keluar dari whatsapp. Lepastu dengar lagu. Selesai.

Kepada semua pembaca, bersangka baiklah dengan semua orang. Kan tak pasal-pasal gaduh. Bila dah gaduh, susah nak beres kan ? Dalam al-Qura'an pun ada katakan ? #SMIRK


'Pening kepala bila pikirkan balik -,-'

Sayonara~!